Satan - Servant of Allah
Tuesday, September 16, 2008
@ 3:23 PM

Satan is well known as proud and arrogant creature for its failure to bow before Adam a.s.
"Then go down hence! It is not for thee to show pride here, so go forth! Lo! thou art of those degraded. He said: Reprieve me till the Day (of Judgement) when they are raised (from the dead). He said: Lo! thou art of those reprieved. He said: Now, because Thou hast sent me astray, verily I shall lurk in ambush for them on Thy Right Path. Then I shall come upon them from before them and from behind them and from their right hands and from their left hands, and Thou wilt not find most of them beholden (unto Thee). He said: Go forth from hence, degraded, banished. As for such of them as follow thee, surely I will fill hell with all of you." Qur'an 7:14-18

Allah purposely creates Satan and Allah is great and He knows that Satan will never bow before Adam and Allah creates the proud and arrogant characteristics with aim and motive. If not, what the hell Satan was thinking at that moment to ignore the direct order made by God and willing to end its life in Hell? It’s just a point created by Allah to begin the whole story of human destiny. Therefore, it is stupid to hate Satan without knowing the purpose of its creation.
Imagine life without Satan and I always wonder why we blame Satan for our lust and desire or any other negative spiritual conflicts? Blame us for listening to its whispers because Satan was merely doing its own job and object of his creation. In other perception, the closer and sincere ourselves to Allah the less Satan could whispers to us. In other meaning, Satan is our tester and Allah is our witness and judge.
Satan has positive examples too. Look at his determinations, struggles, fearless, efforts, regretless, ability to seduce, influential, famous and bravery. Yes I know he got the abilities for means of destruction but the abilities are amazing and can be a good example for one who is struggling in his life.
*this is just my personal opinion and theory - I'm open for discussion.
9 commented
comment?
"Bahasa Tuhan"
Monday, September 8, 2008
@ 1:39 PM

Sakit lagi! Tak habis habis hidup berpenyakit. Lepas 5 tahun aku kendong beban ini. Di kala aku merasa aku di dalam pemulihan tiba tiba … hishhhhhh! Aku kena penyakit lagi! Betapa bodohnya diri aku ni asyik dapat penyakit. Kalau nak harap mati… eh aku tak sedia lagi.
Tapi sebodoh bodoh aku ni, aku ada kereta, rumah, kerja, kawan dan paling penting keluarga dan … haaa awek pun ada. Aku selalu sangat dengar setiap perkara ada hikmah dan di sebalik kejadian ada hikmat. Kalau ditimpa malang, itu hanya dugaan dari Tuhan dan kalau manusia itu sakit mereka ada lebih insaf dan Tuhan sentiasa memberi rahmat kepada mereka yang memohon daripadaNya. Aku bosaaaaaaan. Aku ni dari dulu sampai sekarang mana pernah insaf. Sama je. Tapi betul ke sama?
Dari kecil aku dah belajar agama. Aku dari awal sudah khatam Quran dan dari sekolah aku sudah menjadi wakil tilawah, juara kuiz agama, peserta pertandingan bacaan surah, juara tulisan jawi dan sejak itu aku mana pernah lupa pada agama. Aku memang tak lupa agama aku ni tapi aku sedar aku mana pernah praktif diri aku dalam ajaran agama. Katakan saja apa sahaja berkenaan Pendidikan Islam, PMR aku A, PAFA aku lulus cemerlang, SPM aku A1 tak cukup lagi aku ni juga berkelulusan Syariah. Ya … ini hebat? Atau sekadar Nampak hebat? Aku memang tak lupa pada agama … nama agama aku sahaja … Munafik kah aku?
Aku sekarang? Baru aku sedar masa aku sedang menulis ini, betapa malunya aku nak menceritakan diri aku di kala dewasa ini. Aku masih gagal mendirikan tiang agama. Mana pernah aku sembahyang sejak bertahun lalu. Kalau ada pun sekadar nak wayang depan orang tua atau saudara mara. Dah tiang agama aku tak tegakkan inikan pula perkara perkara lain jangan ditanya aku baru sedar aku malu nak cerita. Sembahyang

Tuhan sedang berbicara dengan aku? Benarkah?begitu hebatkah aku sampai Tuhan itu sendiri mahu berbicara dengan aku yang selalu leka di dalam maksiat dan keghairahan mencari nikmat yang Tuhan sendiri sediakan. Atau aku sendiri selalu lupa bahawa Tuhan itu Maha Menyayangi dan Maha Mengasihani. Tapi kalau di kasihankan diri aku ini kenapa di datangkan penyakit yang berpanjangan?
Bahasa apa yang Tuhan gunakan ini? Susah dan lama benar aku nak memahami perbicaraan ini? Sehingga mengganggu hidup aku. Setahu aku antara manusia dan Tuhan itu tebal benar hijabnya. Kalau tidak masakan Rasullullah s.a.w berbicara melalui perantara yang setia bergelar Sang Jibrail.
Pening! Aku masih fikir dan aku sebenarnya memang sedar Tuhan sedang berbicara dengan aku. Entah kenapa separuh hati aku ini masih ragu-ragu atau aku ini terus angkuh dengan cara aku yang sudah biasa mencari kebenaran melalui pembuktiaan yang jelas. Tiada suara, tiada tulisan bahasa apakah ini? Langsung aku tak nampak. Tak nampak? Betul ke?
Dengan izin Tuhan, kini aku sudah nampak. Sakit? Ubat? Minyak? Plaza Tolol? Semua itu petanda bahawa Tuhan sedang berbicara dengan aku. Seru-negative Rheumatoid Artritis – sekali pandang saintifik sungguh bahasa dari Tuhan ni. Aku bayangkan dulu kalau Tuhan itu berbicara pasti sekali dalam bahasa syurga seperti yang terdapat dalam al-Quran tapi ternyata aku ini sebetul betul nya naïf dan bodoh. Dah nama pun Tuhan yang Esa yang Maha Berkuasa Maha Bijaksana. Takkan lah Tuhan boleh berbicara satu bahasa sahaja. Nah! Sekarang jelas Bahasa Tuhan itu sememangnya perlu diteliti. Sungguh halus sehingga tidak nampak tetapi semakin jelas bila kita sedar kerana Tuhan tidak berbicara dengan hambanya dalam satu bahasa sahaja. Bahasa Tuhan memang bahasa yang paling indah dan paling lengkap.
Walaupun begitu, aku ini hanya sedar Tuhan sedang berbicara setelah menerima bahasa yang terbaru ini – Hypertension. Semenjak itu baru aku sedar, selama ini aku jarang sekali bersyukur di atas nikmat yang aku kecapi. Ya bukan sekadar nikmat seks haram, perangai macam haram tetapi nikmat rezeki yang aku terima selama ini aku lupa hendak bersyukur. Yang aku tahu menyumpah sana sini. Plaza tolol lah, minyak naik lah, pemimpin lembik macam pondan lah. Elllehhh… hebat sangat kah aku nak menyumpah sana sini. Bila aku fikir balik … kalau aku bersyukur pada apa yang aku ada pasti aku tak kena penyakit Hypertension ni. Itu lah syukurnya tak nak, tapi menyumpah dah banyak. Padan muka aku dapat penyakit.
Padan muka ke? Sebenarnya tidak. Sebab dari kerana inilah aku sudah mula sedar yang Tuhan sedang berbicara. Apalah sangat pada harga minyak, harga tol segala macam harga. Aku bukannya takde duit. Entah apa yang aku geramkan sangat selama ini aku pun tak tahu. Kalau aku tak ambil pusing hal semacam aku akan terlepas kesedaran daripada bahasa Tuhan ini dan terus hanyut dan leka. Tapi disebabkan aku menyumpah seranah segala macam hal itu aku sudah dapat penyakit tetapi penyakit itu sebenarnya ubat pada jiwa aku yang semakin mengosong dan dipenuhi kotor dan membusuk ini.
Sekarang kesedaran sudah mula aku nikmati. Inilah nikmat yang paling hebat aku pernah rasa selama aku bernafas ini. Nikmat kesedaran memang mengagumkan bagi aku. Yalah, aku ini terpilih untuk berbicara bersama Tuhan. Sebenarnya Tuhan yang Maha Berkuasa itu selalu dan sedang berbicara pada setiap umat manusia. Perhatikan sekeliling, rintangan dan cabaran kehidupan itu menjadikan kita hanyut dalam kealpaan tetapi bagi yang faham akan bahasa Tuhan itu, dia akan lebih mendekati Tuhan, menginsafi perbuatan dan akan terus berbicara dengan Tuhan. Dan daripada aku menamatkan tulisan ini aku ingin melafazkan Alhamdulillah di atas segala ujian dan cabaran dari Allah s.w.t – Tuhan yang Esa kerana menyedarkan aku bahawa tugasan aku di dunia ini adalah sebagai hamba bukan sekadar singgah bagi menikmati nikmat nikmat yang bertebaran tetapi perlu berusaha membezakan antara yang sementara dan yang hakiki.
1 commented
comment?
Pretty, Cute or Sexy
Thursday, September 4, 2008
@ 3:40 PM



7 commented
comment?